Salam sayang buat semua. Blog ini ialah diari tak private Kak Elee. Apa saja yang terlintas di fikiran, akan akak kongsikan di sini. Selamat membaca.
RSS

Selasa, Disember 11, 2012

Tutorial Untuk Buat Blog... Eceh! Eh, Ilmu Kena Kongsi Tau...

Alololololo... kasihannya buah hati pengarang jantung akak sakit gigi. Gigi geraham pulak tu, lagi mencengkamlah sakitnya. Sejak Jumaat hari tu anney sakit gigi. Bila akak ajak dia pergi ke klinik gigi, tak nak. Ada aje alasannya. Apa yang dia tunggu, akak pun tak tahu. Agaknya dia tunggu gigi geraham tu longgar dan tercabut sendiri kut. Kalaulah senang macam tu, doktor gigi tak boleh buat duitlah, sayang oiii... sabar aje aku. 

Pagi tadi akak paksa anney pergi ke klinik gigi. Tak tahan akak mendengar dia mengaduh. Sakit... sakit... cabutlah gigi tu, baru hilang sakit, kan? Mengalahkan budak-budak aje. Jadi, kami pun pergi ke klinik yang biasa kami pergi ni. Kalau klinik lain, sahih enam bulan dari sekarang baru boleh dapat appointment tapi klinik yang ini, sebab klien lama, dia pun selitkan anney akak untuk slot pukul 10.00 pagi. Baik nurse kat kaunter tu. Yalah, sendiri punya klinik gigi, kan? Suka hati dialah nak buat apa pun. Suami nurse tu doktor gigi kat situ. Baik sangat dua laki bini tu. Agaknya doktor gigi ni memang lembut-lembut semuanya kan? Sebab kawan akak dari sekolah menengah dulu pun yang sekarang dah jadi doktor gigi, memang lemah lembut orangnya. Tak sangka tenaga dia kuat betul sampai larat mencabut gigi orang!

Lagi beberapa minit ke pukul sepuluh pagi anney dipanggil masuk. Dia beritahu doktor gigi tu dia nak cabut dua batang sekali. Amboi! Tiba-tiba jadi macho. Sabar ajelah aku. Tapi doktor tu kata, cabut sebatang dulu. Esok lusa datang lagi. Masalahnya dengan anney ni kalau disuruh datang esok lusa sedangkan dia dah ada kat situ, memang dia tak akan datanglah. Tunggu sampai gigi kedua yang dia nak cabut tu sakit agaknya barulah dia nak pergi balik ke klinik tu kut. Akak pun tak tahu kenapa dia suruh doktor tu cabut gigi yang satu lagi tu. Mungkin dah rasa sengal-sengalnya kut. Wallahualam. 

Okey, habis dah cerita anney. Ni akak nak cerita fasal akak pulak. Eceh! Bukan cerita fasal akak. Kisah hidup akak bukannya menarik untuk diceritakan. Tapi ilmu yang akak dapat semalam sangat menarik. Semalam, baru akak tahu cara-cara untuk upload fail zip dan xml tanpa perlu kita buka dialog html tu. Meh sini akak ajarkan... eee... seronok dapat mengajar orang. Sabar ajelah aku. 

Bagi yang baru nak meneroka alam blogging, silalah tengok tutorial ni, ya. 

1. Daftar Blog



2. Keluar macam gini




3. Klik kat nama blog yang baru kita daftar tadi tu dan keluar macam gini:




4. Klik kat Template dan akan keluar macam gini:



5. Klik butang Backup/Restore kat bahagian atas sebelah kanan, bersebelahan icon roda tu. Nanti akan keluar kotak dialog ini:



6. Klik pada butang Download Full Template untuk buat backup pada template asal kita. Kemudian, bila dah selesai kita klik pada Choose File untuk upload template baru. 

Tetapi sebelum kita nak upload fail template baru, kita kena cari template dulu. Jadi, pergi ke Google Search Engine dan taip Free Blogspot Templates atau Cute Blogger Templates atau apa saja yang berkaitan dengan template. Kita pilih template yang kita suka, download fail zip. Kemudian unzip fail tu supaya kita boleh buka fail XML. Kalau tak buka fail XML, memang tak boleh nak upload. Cara-cara untuk unzip fail zip ada pada gambar di bawah. 




7. Bila sudah unzip fail template itu, kita pun klik pada butang Choose File, kita pilih fail XML yang kita dah unzip tadi dan klik Open. Kemudian kita klik Upload File. Selepas itu, tadaaa... maka blog baru kita dengan wajah baru pun siap.



Cuma satu saja yang akak perhatikan, Navbar blog baru akak ni berubah tempat dari atas turun ke bawah. Akak kena klik Edit HTML dan kemudian, cari jalan untuk mengubah data or whatever yang kita panggil benda alah kat dalam HTML tu dan letak Navbar tu kat tempat biasanya. Siapa yang tahu macam mana nak buat, sudi-sudikanlah ajar akak, ya.

Bagi adik-adik yang baru nak berblogging, selamat mencuba cara ni. 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Komen:

kujie berkata...

budak adik adik aje yg belajar
ni makcik dah bertahun pun kena belajar balik
sebab dashboard dia dah lain sgt...lama sgt tinggal kalau org tanya mmg kena buka belek baru ingat balik.

sekian dari makcik tadak gigi..hihi

maza berkata...

uiks.. ingatkan blog ni dah sink!. hehehe

alhamdulilah.. mudah2an kembali menceriakan alam.. ahaks

Related Posts with Thumbnails