Salam sayang buat semua. Blog ini ialah diari tak private Kak Elee. Apa saja yang terlintas di fikiran, akan akak kongsikan di sini. Selamat membaca.
RSS

Isnin, Disember 10, 2012

Blogsphere Akan Kembali Meriah?

Assalamualaikum wbh. 

Wah, lama sungguh akak tak update blog akak ni, ya. Sekali update, terus tukar wajah. Cantik tak rupa blog akak ni? Sweet sangat akak rasa. Akak terasa nak berblogging balik selepas sehari suntuk mencari blog template untuk anak saudara akak. Anak dara tu dah besar, jadi dia nak berblogging pulak dah. Dulu hanya di Facebook saja.

Itu yang akak fikir, dunia blogging akan meriah balik agaknya sebab generasi baru ni, tiba-tiba saja berminat nak berblogging sedangkan generasi akak dah lama menikmati kemeriahan dunia blogging ni sejak sebelum Facebook dilahirkan. Kiranya Facebook ni pengacaulah. Datang merampas tempat blogspot di hati penulis-penulis tegar blog yang sekarang, terkial-kial nak menulis panjang lebar sebab di Facebook, hanya sebaris dua saja yang kita tulis di status. Memang boleh menulis panjang lebar di status Facebook sekarang tetapi tak syok pulak rasanya kita seorang saja yang tulis panjang-panjang sedangkan status orang lain pendek saja. Ada tu, hanya meletakkan tanda soalan. '?' pada status Facebook mereka. Itu saja. Mula-mula tu nampak cutelah jugak. Buat orang tertanya-tanya tapi selepas ramai sangat yang bubuh tanda soalan sebagai status mereka, rasa bosanlah pulak. Yalah, mula-mula tu seronoklah nak meneka apa yang mereka maksudkan dengan tanda soalan tu kan? Lama-lama rasa malas dah aku. Bukannya dapat hadiah pun kalau tekaan kita tu betul.

Oh, akak ada novel terbaru. Tahu kan? Ada satu setengah. Yang satu tu sebab novel penuh. Tajuknya, Encik Abangku Romantik. Itu cover dia. Kat bawah tu. Cantikkan? Sangat cantik. Kali ini akak menulis cerita romantik komedi. Saja nak mencuba bakat. Alhamdulillah, novel Encik Abangku Romantik ni dah dicetak sebanyak tiga kali dah. Padahal, diterbitkan dalam bulan September hari tu. Rezeki akak. Syukur alhamdulillah. Kalau sudi, silakanlah mendapatkannya. Akak gerenti, korang mesti tergelak-gelak semasa membaca novel ni. 

 

Yang setengah tadi tu ialah novel kompilasi bertajuk Antologi Jiwa Kacau. Ini novel thriller, kompilasi lima orang penulis. Salah seorangnya ialah akak. Yang empat lagi ialah novelis Lynn Dayana, Salina Salleh, Attokz Dikulgai dan Dhiya Zafira. Tengoklah cover dia. Mengancam atau tidak? Cerita-cerita kat dalamnya lagilah mengancam. Nukilan akak bertajuk Tragedi Di Lampu Isyarat. Akak yakin, sesiapa yang membaca nukilan akak tu, pasti salah teka. 



Ingat novel akak yang bertajuk Di Sebalik Wajah tu? Hah, kalau sesiapa yang sudah membaca novel thriller akak yang satu itu, pasti mereka tahu cara akak 'menipu' pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya dan meneka orang ini dan orang itu yang menjadi pembunuh tetapi rupa-rupanya salah. Suka hati akak bila orang tersalah teka dan beritahu akak, betapa mereka rasa puas hati membaca novel Di Sebalik Wajah. Berbaloi usaha akak menulis novel tersebut. Ingat lagi tak covernya? Kalau tak ingat, ni akak letak kat bawah. 



Oh, sebelum akak terlupa. Novel Di Sebalik Wajah ni ada kuiz tau. Tarikh tutup kuiznya ialah pada 31 Disember, 2012. Sesiapa yang berminat nak menyertai kuiz itu, silalah dapatkan novel Di Sebalik Wajah (secondhand dan pinjam tak main, ya!), baca novel tersebut dan jawab semua 18 soalan-soalannya dengan tepat. Hadiah pertamanya ialah Samsung Galaxy Tab2. Hadiah kedua: RM200, ketiga: RM100 dan sepuluh hadiah sagu hati bernilai RM30.00 seorang. Apa lagi, jomlah cuba!

Untuk memudahkan pembaca, ini akak letak semua soalan-soalannya di sini. Selamat mencuba. 


Soalan Pertama:
Mengapa Hanif menjadi pembunuh dalam novel Di Sebalik Wajah?


Soalan Kedua:
Apakah maksud PT pada jawatan PT Salleh? 


Soalan Ketiga: 
Mata kekasih Soraya dilihatnya meniti dari satu wajah ke satu wajah kawan-kawannya di atas trak. 
Merujuk kepada ayat di atas, siapakah kekasih Soraya?


Soalan Keempat: 
Ada dua orang Raja Rimba dalam novel Di Sebalik Wajah. Nyatakan nama mereka.


Soalan Kelima:
"Kenapa tuan diam? Tuan mempersoalkan integriti Jabatan Persenjataan ke? Atau integriti saya?"
Merujuk kepada soalan di atas, siapakah yang bertanya soalan tersebut?


Soalan Keenam: 
Siapakah bapa kandung Ashraf Adil?



Soalan Ketujuh:
Ada beberapa babak yang memberikan gambaran tentang bapa kandung Ashraf Adil yang sebenar. Nyatakan salah satu babak itu. 


Soalan Kelapan: 
Di mata Azri, Detektif Aslan adalah ............... nya.


Soalan Kesembilan: 
Bagaimanakan telefon bimbit Datin Maheran boleh berada di tangan seseorang di Melaka? 


Soalan Kesepuluh: 
Apakah satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Rimba sehingga menyebabkan dia berjaya diberkas?


Soalan Kesebelas: 
Jelaskan hubungan di antara: 

1. Aslan Hamzah dengan Ashraf Adil

2. Datuk Ariffin dengan Mak Aji Asmah

3. Alma Shakira dan Kukor dengan Aslan dan Ashura. 


Soalan Keduabelas:
Mengapakah Mak Aji Asmah tergamak menghukum suaminya sendiri? 


Soalan Ketigabelas: 
SAC I Syamsul Razman sudah lama mengesyaki Aslan menyukai Wafa Sabrin. Apa yang membuatkan dia syak?


Soalan Keempatbelas: 
Apakah rahsia Pak Aji Hamzah yang dibongkarkan dalam novel Di Sebalik Wajah?


Soalan Kelimabelas:
Jelaskan hubungan di antara: 
1. Aslan dengan Wafa Sabrin
2. Wafa Sabrin dengan Alma Shakira


Soalan Keenambelas: 
Apakah yang menyebabkan ibu bapa Tony Shariff mengugut detektif itu dengan parang?


Soalan Ketujuhbelas:
Apakah gelaran mulia yang diberikan kepada Datuk Ariffin?


Soalan Kelapanbelas:
Anda sudah membaca novel Di Sebalik Wajah. Berikan tiga genre yang boleh dikaitkan dengan novel tersebut.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails