Salam sayang buat semua. Blog ini ialah diari tak private Kak Elee. Apa saja yang terlintas di fikiran, akan akak kongsikan di sini. Selamat membaca.
RSS

Rabu, Disember 12, 2012

Bila Berkawan Dengan Mulut Lepas

Yo!

Eceh! Tetiba aje menjerit Yo! ni apa kes? Bagilah salam ke, afdallah jugak, kan? Sabar ajelah aku. Orang yang kenal akak mesti kata, adalah benda yang buat minah ni tetiba aje perasan dia jadi New Yorker. Akak mengaku, memang ada tragedi di bulan Disember yang telah memaksa akak memikirkan tentang suatu perkara ni selama beribu-ribu saat tetapi benda tu tak adalah kena-mengena dengan New York atau penduduk di sana. Saja aje akak menjerit Yo! tu tadi supaya terasa muda. 

Alkisahnya macam gini, pagi tadi akak bersembanglah dengan dua tiga orang minah ni untuk menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk yang maha dahsyat akibat tak tidur malam tadi. Padanlah muka akak, kan? Siapa suruh tak tidur kalau tahu siang-siang kena kerja, kan? Tapi akak nak buat macam mana sebab waktu subuh kat sini masuk awal. Pukul 3 setengah dah subuh dah. Kalau bangun macam masa dalam musim sejuk hari tu, memang selalulah kena qada solat subuh. Sabar ajelah aku. 

Jadi, untuk menghilangkan rasa mengantuk, akak pun bersembang. Kopi memang dah tak lut. Tak tahu kenapa. Memang kopi tak pernah berjaya menghilangkan rasa mengantuk akak. Lagi mengantuk ada. Kalau nak hilangkan rasa mengantuk, akak kena minum minuman koko panas. Berlagak atau tidak urat saraf akak ni? Eksyen, aku cakap kau. 

Masa tengah bersembang tadi, akak menguap banyak kalilah jugak. Tapi oleh kerana perbualan tu terlalu menarik, akak celikkan jugak mata akak. Kalau boleh, akak rasa macam nak lekat selotape aje kat kelopak mata akak. Biar mata akak terjegil aje pagi tadi. Tak payah kedip pun tak apa. Tapi nanti orang ingat akak psikolah pulak, kan? Hik hik hik... sabar ajelah aku. 

Sembang punya sembang, sorang minah ni tanya akak umur akak. Akak beritahulah umur sebenar akak berapa. Dia jawab apa?

"Betul ke? Nampak macam lebih tua daripada umur."

Kepala otak dialah, kan? Mentang-mentanglah akak ni jenis yang boleh dibawa berlawak, sesedap mulut dia saja mengata akak depan-depan, kan? Aku lempang karang mat salih ni baru tahu. Mujur akak ni seorang yang beriman dan sabar... ahaks. Jadi, akak pun katalah:

"Mungkin sebab badan akak gemuk, tu yang nampak lebih tua tu."

"A ah. Badan gemuk memang buat orang nampak lebih tua."

Sabar ajelah aku dengan perempuan mulut lepas ni. 

"Cara hidup dan pemakanan kita buat umur badan kita lebih tua daripada umur sebenar," sambung minah tu lagi.

"Umur badan kita?" tanya akak. (eceh, dah terasa macam menulis novellah pulak!)

Minah tu mengangguk. "A ah. Kalau nak tahu macam mana nak kira umur badan kita, meh sini saya ajar."

Dia pun keluarkan pita ukuran tu, yang tukang buat rumah punya tu, lepas tu dia lilit kat bontot akak. Ya ALLAH... sabar aje aku. Dia baca ukuran saiz bontot akak dan suruh seorang lagi minah mencatat bacaannya. Kemudian, dia ukur pulak pinggang akak. Masih guna pita ukuran yang sama. Lepas tu selesai. Akak lepaskan nafas lega. Yalah, kalau lepas tu dia ukur bahagian dada akak pulak, saja nak kena ketuk dengan aku. Sudahlah kat luar masa tu. Orang ramai lalu lalang dan tertoleh-toleh ke arah kami. 

Lepas tu, minah tu buat kira-kira. 

"Bahagikan ukuran bontot dengan ukuran pinggang. Kalau jumlahnya kurang daripada .816, tambah 4 tahun kepada umur sebenar awak."

Dia pun mula buat kira-kira. 

"Hah, umur sebenar awak ialah 47 tahun."

Sakit jiwa aku mendengarnya! Sabar... sabar... nampaknya, mulai hari ini akak kenalah tingkatkan lagi senaman. Bila akak beritahu kat anney, dia kata:

"Tingkatkan? Apa yang awak nak tingkatkan sedangkan awak tak pernah bersenam lepas balik dari Malaysia hari tu?"

Ekekekekekeke... ini lagi seorang manusia yang tak sayang mulut. Sabar ajelah aku. BAIKLAH! Mulai hari ni... eh, hari ni tak boleh. Hujan. Mulai hari tak hujan minggu depan, akak akan mula bersenam. Akak akan paksa anney ikut akak brisk walking di sekitar kawasan tempat tinggal kami ni. Adalah dalam lima kilometer kut kalau kami round tempat dia sebanyak dua kali. Cukuplah, kan? Lepas tu balik ke rumah, buat sit up pulak. Exercise yang paling akak suka tu tapi malas nak buat. Tak apa. Lepas ni akak akan buat. Lagipun akak nak balik ke Malaysia sekali lagi masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti. Jangan lupa datang ke PWTC jumpa akak tau. Pesta buku tu akan berlangsung dari 26hb April sampai 5 Mei, 2013. Jadi, masa tu akak haraplah akak nampak jauh lebih muda daripada umur akak yang sebenar... eceh. Tapi betul, akak nak buat. Insya-ALLAH akan kurus. Kalau tak kurus pun, keciklah sikit. 

Oh, lupa pulak nak bagi tahu. Akak sekarang ni join Ilham Karangkraf. Akak letak manuskrip yang sedang akak tulis kat sana. Sesiapa nak baca, bolehlah klik pada nama Ilham Karangkraf ni. Dan silalah baca nukilan akak yang bertajuk Kalau Ada Jodoh. Gerenti buat korang ketawa. Tapi bukan nukilan akak seorang saja yang ada kat sana tau. Ramai lagi penulis yang menyumbangkan tulisan mereka. Kiranya, macam e-novellah. Jadi, apa tunggu lagi. Jomlah ke sana. Boleh baca cerita macam-macam. Sangat best. Bagi pencinta novel, Ilham Karangkraf tu mesti dianggap macam syurga dunia, kan? 

Okeylah, akak mintak diri dulu. Nak siapkan manuskrip pulak. Mwah mwah mwah. Kita jumpa lagi di lain lembaran tau. Mwah kat pipi korang. 


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Komen:

Angah berkata...

selamat ber eksesais dong!

© Elee Mardiana berkata...

Angah... ahaks... macam perli aje ucapan tu... sabo ajelah aku.

rahimah emna berkata...

akak,akk duk mne?luar negara ye?syoknye...jeles sgt..huhu...

Related Posts with Thumbnails