Salam sayang buat semua. Blog ini ialah diari tak private Kak Elee. Apa saja yang terlintas di fikiran, akan akak kongsikan di sini. Selamat membaca.
RSS

Khamis, Disember 13, 2012

Angan-angan Penuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petang ni, bila akak nak sign in ke hotmail untuk tengok e-mel yang masuk, tiba-tiba keluar muka mamat ni. Elok akak happy-happy, langsung hilang mood aku! Haisy, sabar ajelah. Merosakkan hari orang aje. Kenapalah letak muka dia? Kalau letak muka Brad Pitt ke tak apalah jugak. Ni muka yang sahih muka Yahudi yang dia letak kat situ. Meradang betul aku. 

Nah, tengoklah sendiri gambar yang akak maksudkan tu. Kalau ada yang suka tengok gambar mamat tu, boleh akak tanya kenapa? Sebab akak betul-betul tak faham. Sebab kat mata akak, gambar mamat tu betul-betul annoying! Meluat. 



Mungkin ada yang berkata, alah, kak... apa salah dia yang buat akak meluat kat dia? Meh sini aku nak cakap. Akak tak peduli dia ada buat salah ke idak kat akak tapi akak tetap jugak nak meluat tengok gambar ni. Bubuh gambar laki aku lagi cantik. Ahaks. 

Okeylah. Sudah-sudahlah meluat tu, mak cik oi. Moh kita bercerita tentang angan-angan pulak. Akak rasa, semua orang kat dalam dunia ni ada angan-angan kan? Akak pun sama. Akak memang rajin sangat berangan-angan ni dan yang paling akak banggakan tu (bukan riak ya), akak berjaya merealisasikan separuh daripada angan-angan akak. Macam nak jadi penulis ni. Bermula dengan angan-anganlah tu. Sekarang dah banyak dah novel akak. Syukur alhamdulillah.

Itulah yang akak nak cakapkan kepada adik/kakak/abang kat luar sana. Kalau ada angan-angan, jangan anggap ianya sebagai satu impian manis yang tak akan jadi kenyataan saja. Jadikan angan-angan kosong kita tu sebagai angan-angan penuh. Bukan ke masa kita berangan-angan tu, minda kita turut merangkakan cara untuk menjadikan angan-angan kita tu sebagai kenyataan? Contohnya, katakanlah kita berangan-angan nak jadi usahawan internet terkaya di dunia. Hah, jangan main-main. Bukan setakat kat Malaysia aje tapi seantero dunia. 

Mula-mula, mesti kita fikir aku nak jual baju lawa-lawa secara online. Lepas tu aku jual dengan harga murah supaya ramai orang beli. Aku tak payah keluarkan duit dulu pun tak apa. Cuma aku kena luangkan masa pergi ke kedai-kedai yang menjual baju cantik-cantik ni dan ambik gambar baju tu untuk diletakkan kat website aku. Ataupun aku surf internet, cari gambar baju cantik-cantik. Kalau ada bajunya, mesti ada orang yang menjualnya, kan? 

Bila orang beli dan bayar, aku pun pergilah beli baju yang orang tu nak dan hantar. Bina kepercayaan pelanggan. Itu yang paling penting dalam bisnes. Dan eratkan hubungan baik dengan pelanggan. Lepas tu aku akan pelbagaikan lagi barang-barang yang aku jual. Lama-lama aku mesti kaya. Mua ha ha ha ha ha ha ha ha... 

Hah, bukankah itu yang dinamakan perancangan? Kalau orang yang berangan-angan tu betul-betul buat apa yang dia angan-angankan, insya-ALLAH angan-angan kosong dia akan menjadi angan-angan penuh yang menjanjikan kejayaan. Akak yakin sangat. Oh, lagi satu. Jangan benarkan orang lain menghancurkan angan-angan kita. Jangan sekali-kali izinkan orang lain melumpuhkan semangat kita. Dengar boleh cakap orang tu tapi jangan ikut. Masuk ikut telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Faham, ya?

Jadi, apa lagi? Jomlah kita tukar angan-angan kosong kita menjadi angan-angan penuh. Jom!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Komen:

aku_wan berkata...

Saya berangan nk jln2 dgn Najwa Latif.. mcm mana tu?? hahaha..

maza berkata...

baiklah akak.. hehehe

Related Posts with Thumbnails