Salam sayang buat semua. Blog ini ialah diari tak private Kak Elee. Apa saja yang terlintas di fikiran, akan akak kongsikan di sini. Selamat membaca.
RSS

Sabtu, Disember 22, 2012

Kalendar Mayan? Apa tu?

Kalendar Mayan sudah berakhir tapi... eh? Dunia masih wujudlah. Masih utuh dan manusia di atas muka bumi ni masih bernyawa. Mana kiamatnya? Orang sebelah rumah aku sampai beli berbotol-botol air mineral. Apa tujuannya, aku pun tak tahu. Dia ingat kalau kiamat orang lain akan mati tapi dia akan hidup dan bolehlah dia minum air tu bila semua bekalan air terputus. Kononnya macam Will Smith dalam filem I Am Legendlah kut dia fikir. Apa punya fikiran daaa... pelik betullah aku dengan mat salih ni. 

Hanya satu perkara saja yang betul dalam ramalan kalendar Mayan tu, iaitu hari yang dia pilih untuk berlakunya kiamat ialah pada hari Jumaat. Dalam Quran pun ada kata, tidak akan berlakunya Kiamat kecuali pada hari Jumaat. Wah, hebat. Tapi sebenarnya kebetulan saja 21.12.12 jatuh pada hari Jumaat. Aku rasa saja ALLAH nak tengok ada tak umat Islam yang terdetik hatinya bahawa ramalan kalendar Mayan itu betul. Mesti ada kan? 

Kepada mereka yang terasa risau dalam hati mereka, berbaliklah ke pangkal jalan. Benda-benda macam kalendar entah apa-apa tu, tak usahlah kita ambil pot. Mengarut saja. Percaya pada ALLAH dan percaya pada al-Quran. Itu yang sebaik-baiknya. Dan janganlah risau kerana janji ALLAH itu pasti, jadi kiamat pasti akan berlaku. Janganlah risau. Banyak lagi perkara yang belum muncul; tanda-tanda besar Kiamat seperti yang ALLAH maklumkan kepada kita dalam al-Quran. Tanda-tanda kecil memang banyak. Jadi, jomlah kita tambah amal ibadah kita daripada melalaikan diri dengan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Oh, hari ni jugak aku nak ambil peluang memperkenalkan putri terbaru dalam keluarga kami. Dilahirkan seminggu yang lalu tapi baru hari ni diberikan nama. Perkenalkan, Putri Muhayra Syaeeqa. Sangat comel dan bam bam pipi dia. Gerammmm mak long tengok gambar dia ni. Semoga kau menjadi anak yang solehah, anakandaku cayang. Mwah. 

Putri Muhayra Syaeeqa


Ini pula gambar Muhayra bersama abang dan kakaknya. Tiga beradik yang comel. Mak long saaaayang kamu bertiga. Mwah mwah mwah. 




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahad, Disember 16, 2012

Dapat Putri Baru

Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera. 

Hari ni dengan penuh rasa syukur ke hadrat ILAHI, saya nak memperkenalkan anak saudara terbaru saya yang selamat dilahirkan ke dunia pada tengah malam tadi. Namanya belum ada lagi tapi yang saya tahu, nama dia akan bermula dengan Putri. He he he... 

Inilah dia, permata hati kami yang terbaru. 



Comel kan? Sama aje acuannya dengan kakak dan abangnya dulu. Kejap akak upload gambar kakak dan abangnya semasa dilahirkan dulu. 


Ini gambar kakak dia yang sulung, Putri Mysara Syauqeena


Ini pulak gambar abangnya, Putra Misyaree Syauqee. 

Dan ini...


gambar Putra Misyaree dan Putri Mysara sekarang. Dah besar dah mereka. 

Sebelum Putri MS ni dilahirkan, dalam bulan Mac hari tu akak dapat seorang lagi anak saudara perempuan. Namanya Amni Humaira'. Oleh sebab akak tak aktif di blogsphere masa tu, akak tak upload hebahan fasal Amni. Tapi sekarang akak nak hebohlah. 

Ini gambar Amni Humaira' semasa kecil dulu. Rasanya ni beberapa hari selepas dilahirkan kut. 


Amni dilahirkan secara forceps jadi selepas dilahirkan, dia terus ditahan di hospital selama seminggu kalau tak silap. Sebab itulah tak ada gambar dia masa baby. Tapi sekarang, baaaaanyak sangat gambar Amni dan dia sedang membesar menjadi seorang anak yang comel dan sihat. Tengoklah sendiri gambar dia kat bawah ni. 


Dah lain kan, muka dia? He he he... muka ikut muka ayah dia tapi bentuk muka, rambut, ikut ummi dia. 

Buat anak-anak saudaraku, mak long sayang sangat pada kamu semua dan mak long mendoakan semoga kamu semua membesar menjadi insan yang soleh dan solehah, berilmu dan berjasa kepada ibu bapa, keluarga dan negara. Amin. 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khamis, Disember 13, 2012

Angan-angan Penuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petang ni, bila akak nak sign in ke hotmail untuk tengok e-mel yang masuk, tiba-tiba keluar muka mamat ni. Elok akak happy-happy, langsung hilang mood aku! Haisy, sabar ajelah. Merosakkan hari orang aje. Kenapalah letak muka dia? Kalau letak muka Brad Pitt ke tak apalah jugak. Ni muka yang sahih muka Yahudi yang dia letak kat situ. Meradang betul aku. 

Nah, tengoklah sendiri gambar yang akak maksudkan tu. Kalau ada yang suka tengok gambar mamat tu, boleh akak tanya kenapa? Sebab akak betul-betul tak faham. Sebab kat mata akak, gambar mamat tu betul-betul annoying! Meluat. 



Mungkin ada yang berkata, alah, kak... apa salah dia yang buat akak meluat kat dia? Meh sini aku nak cakap. Akak tak peduli dia ada buat salah ke idak kat akak tapi akak tetap jugak nak meluat tengok gambar ni. Bubuh gambar laki aku lagi cantik. Ahaks. 

Okeylah. Sudah-sudahlah meluat tu, mak cik oi. Moh kita bercerita tentang angan-angan pulak. Akak rasa, semua orang kat dalam dunia ni ada angan-angan kan? Akak pun sama. Akak memang rajin sangat berangan-angan ni dan yang paling akak banggakan tu (bukan riak ya), akak berjaya merealisasikan separuh daripada angan-angan akak. Macam nak jadi penulis ni. Bermula dengan angan-anganlah tu. Sekarang dah banyak dah novel akak. Syukur alhamdulillah.

Itulah yang akak nak cakapkan kepada adik/kakak/abang kat luar sana. Kalau ada angan-angan, jangan anggap ianya sebagai satu impian manis yang tak akan jadi kenyataan saja. Jadikan angan-angan kosong kita tu sebagai angan-angan penuh. Bukan ke masa kita berangan-angan tu, minda kita turut merangkakan cara untuk menjadikan angan-angan kita tu sebagai kenyataan? Contohnya, katakanlah kita berangan-angan nak jadi usahawan internet terkaya di dunia. Hah, jangan main-main. Bukan setakat kat Malaysia aje tapi seantero dunia. 

Mula-mula, mesti kita fikir aku nak jual baju lawa-lawa secara online. Lepas tu aku jual dengan harga murah supaya ramai orang beli. Aku tak payah keluarkan duit dulu pun tak apa. Cuma aku kena luangkan masa pergi ke kedai-kedai yang menjual baju cantik-cantik ni dan ambik gambar baju tu untuk diletakkan kat website aku. Ataupun aku surf internet, cari gambar baju cantik-cantik. Kalau ada bajunya, mesti ada orang yang menjualnya, kan? 

Bila orang beli dan bayar, aku pun pergilah beli baju yang orang tu nak dan hantar. Bina kepercayaan pelanggan. Itu yang paling penting dalam bisnes. Dan eratkan hubungan baik dengan pelanggan. Lepas tu aku akan pelbagaikan lagi barang-barang yang aku jual. Lama-lama aku mesti kaya. Mua ha ha ha ha ha ha ha ha... 

Hah, bukankah itu yang dinamakan perancangan? Kalau orang yang berangan-angan tu betul-betul buat apa yang dia angan-angankan, insya-ALLAH angan-angan kosong dia akan menjadi angan-angan penuh yang menjanjikan kejayaan. Akak yakin sangat. Oh, lagi satu. Jangan benarkan orang lain menghancurkan angan-angan kita. Jangan sekali-kali izinkan orang lain melumpuhkan semangat kita. Dengar boleh cakap orang tu tapi jangan ikut. Masuk ikut telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Faham, ya?

Jadi, apa lagi? Jomlah kita tukar angan-angan kosong kita menjadi angan-angan penuh. Jom!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rabu, Disember 12, 2012

Bila Berkawan Dengan Mulut Lepas

Yo!

Eceh! Tetiba aje menjerit Yo! ni apa kes? Bagilah salam ke, afdallah jugak, kan? Sabar ajelah aku. Orang yang kenal akak mesti kata, adalah benda yang buat minah ni tetiba aje perasan dia jadi New Yorker. Akak mengaku, memang ada tragedi di bulan Disember yang telah memaksa akak memikirkan tentang suatu perkara ni selama beribu-ribu saat tetapi benda tu tak adalah kena-mengena dengan New York atau penduduk di sana. Saja aje akak menjerit Yo! tu tadi supaya terasa muda. 

Alkisahnya macam gini, pagi tadi akak bersembanglah dengan dua tiga orang minah ni untuk menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk yang maha dahsyat akibat tak tidur malam tadi. Padanlah muka akak, kan? Siapa suruh tak tidur kalau tahu siang-siang kena kerja, kan? Tapi akak nak buat macam mana sebab waktu subuh kat sini masuk awal. Pukul 3 setengah dah subuh dah. Kalau bangun macam masa dalam musim sejuk hari tu, memang selalulah kena qada solat subuh. Sabar ajelah aku. 

Jadi, untuk menghilangkan rasa mengantuk, akak pun bersembang. Kopi memang dah tak lut. Tak tahu kenapa. Memang kopi tak pernah berjaya menghilangkan rasa mengantuk akak. Lagi mengantuk ada. Kalau nak hilangkan rasa mengantuk, akak kena minum minuman koko panas. Berlagak atau tidak urat saraf akak ni? Eksyen, aku cakap kau. 

Masa tengah bersembang tadi, akak menguap banyak kalilah jugak. Tapi oleh kerana perbualan tu terlalu menarik, akak celikkan jugak mata akak. Kalau boleh, akak rasa macam nak lekat selotape aje kat kelopak mata akak. Biar mata akak terjegil aje pagi tadi. Tak payah kedip pun tak apa. Tapi nanti orang ingat akak psikolah pulak, kan? Hik hik hik... sabar ajelah aku. 

Sembang punya sembang, sorang minah ni tanya akak umur akak. Akak beritahulah umur sebenar akak berapa. Dia jawab apa?

"Betul ke? Nampak macam lebih tua daripada umur."

Kepala otak dialah, kan? Mentang-mentanglah akak ni jenis yang boleh dibawa berlawak, sesedap mulut dia saja mengata akak depan-depan, kan? Aku lempang karang mat salih ni baru tahu. Mujur akak ni seorang yang beriman dan sabar... ahaks. Jadi, akak pun katalah:

"Mungkin sebab badan akak gemuk, tu yang nampak lebih tua tu."

"A ah. Badan gemuk memang buat orang nampak lebih tua."

Sabar ajelah aku dengan perempuan mulut lepas ni. 

"Cara hidup dan pemakanan kita buat umur badan kita lebih tua daripada umur sebenar," sambung minah tu lagi.

"Umur badan kita?" tanya akak. (eceh, dah terasa macam menulis novellah pulak!)

Minah tu mengangguk. "A ah. Kalau nak tahu macam mana nak kira umur badan kita, meh sini saya ajar."

Dia pun keluarkan pita ukuran tu, yang tukang buat rumah punya tu, lepas tu dia lilit kat bontot akak. Ya ALLAH... sabar aje aku. Dia baca ukuran saiz bontot akak dan suruh seorang lagi minah mencatat bacaannya. Kemudian, dia ukur pulak pinggang akak. Masih guna pita ukuran yang sama. Lepas tu selesai. Akak lepaskan nafas lega. Yalah, kalau lepas tu dia ukur bahagian dada akak pulak, saja nak kena ketuk dengan aku. Sudahlah kat luar masa tu. Orang ramai lalu lalang dan tertoleh-toleh ke arah kami. 

Lepas tu, minah tu buat kira-kira. 

"Bahagikan ukuran bontot dengan ukuran pinggang. Kalau jumlahnya kurang daripada .816, tambah 4 tahun kepada umur sebenar awak."

Dia pun mula buat kira-kira. 

"Hah, umur sebenar awak ialah 47 tahun."

Sakit jiwa aku mendengarnya! Sabar... sabar... nampaknya, mulai hari ini akak kenalah tingkatkan lagi senaman. Bila akak beritahu kat anney, dia kata:

"Tingkatkan? Apa yang awak nak tingkatkan sedangkan awak tak pernah bersenam lepas balik dari Malaysia hari tu?"

Ekekekekekeke... ini lagi seorang manusia yang tak sayang mulut. Sabar ajelah aku. BAIKLAH! Mulai hari ni... eh, hari ni tak boleh. Hujan. Mulai hari tak hujan minggu depan, akak akan mula bersenam. Akak akan paksa anney ikut akak brisk walking di sekitar kawasan tempat tinggal kami ni. Adalah dalam lima kilometer kut kalau kami round tempat dia sebanyak dua kali. Cukuplah, kan? Lepas tu balik ke rumah, buat sit up pulak. Exercise yang paling akak suka tu tapi malas nak buat. Tak apa. Lepas ni akak akan buat. Lagipun akak nak balik ke Malaysia sekali lagi masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti. Jangan lupa datang ke PWTC jumpa akak tau. Pesta buku tu akan berlangsung dari 26hb April sampai 5 Mei, 2013. Jadi, masa tu akak haraplah akak nampak jauh lebih muda daripada umur akak yang sebenar... eceh. Tapi betul, akak nak buat. Insya-ALLAH akan kurus. Kalau tak kurus pun, keciklah sikit. 

Oh, lupa pulak nak bagi tahu. Akak sekarang ni join Ilham Karangkraf. Akak letak manuskrip yang sedang akak tulis kat sana. Sesiapa nak baca, bolehlah klik pada nama Ilham Karangkraf ni. Dan silalah baca nukilan akak yang bertajuk Kalau Ada Jodoh. Gerenti buat korang ketawa. Tapi bukan nukilan akak seorang saja yang ada kat sana tau. Ramai lagi penulis yang menyumbangkan tulisan mereka. Kiranya, macam e-novellah. Jadi, apa tunggu lagi. Jomlah ke sana. Boleh baca cerita macam-macam. Sangat best. Bagi pencinta novel, Ilham Karangkraf tu mesti dianggap macam syurga dunia, kan? 

Okeylah, akak mintak diri dulu. Nak siapkan manuskrip pulak. Mwah mwah mwah. Kita jumpa lagi di lain lembaran tau. Mwah kat pipi korang. 


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selasa, Disember 11, 2012

Tutorial Untuk Buat Blog... Eceh! Eh, Ilmu Kena Kongsi Tau...

Alololololo... kasihannya buah hati pengarang jantung akak sakit gigi. Gigi geraham pulak tu, lagi mencengkamlah sakitnya. Sejak Jumaat hari tu anney sakit gigi. Bila akak ajak dia pergi ke klinik gigi, tak nak. Ada aje alasannya. Apa yang dia tunggu, akak pun tak tahu. Agaknya dia tunggu gigi geraham tu longgar dan tercabut sendiri kut. Kalaulah senang macam tu, doktor gigi tak boleh buat duitlah, sayang oiii... sabar aje aku. 

Pagi tadi akak paksa anney pergi ke klinik gigi. Tak tahan akak mendengar dia mengaduh. Sakit... sakit... cabutlah gigi tu, baru hilang sakit, kan? Mengalahkan budak-budak aje. Jadi, kami pun pergi ke klinik yang biasa kami pergi ni. Kalau klinik lain, sahih enam bulan dari sekarang baru boleh dapat appointment tapi klinik yang ini, sebab klien lama, dia pun selitkan anney akak untuk slot pukul 10.00 pagi. Baik nurse kat kaunter tu. Yalah, sendiri punya klinik gigi, kan? Suka hati dialah nak buat apa pun. Suami nurse tu doktor gigi kat situ. Baik sangat dua laki bini tu. Agaknya doktor gigi ni memang lembut-lembut semuanya kan? Sebab kawan akak dari sekolah menengah dulu pun yang sekarang dah jadi doktor gigi, memang lemah lembut orangnya. Tak sangka tenaga dia kuat betul sampai larat mencabut gigi orang!

Lagi beberapa minit ke pukul sepuluh pagi anney dipanggil masuk. Dia beritahu doktor gigi tu dia nak cabut dua batang sekali. Amboi! Tiba-tiba jadi macho. Sabar ajelah aku. Tapi doktor tu kata, cabut sebatang dulu. Esok lusa datang lagi. Masalahnya dengan anney ni kalau disuruh datang esok lusa sedangkan dia dah ada kat situ, memang dia tak akan datanglah. Tunggu sampai gigi kedua yang dia nak cabut tu sakit agaknya barulah dia nak pergi balik ke klinik tu kut. Akak pun tak tahu kenapa dia suruh doktor tu cabut gigi yang satu lagi tu. Mungkin dah rasa sengal-sengalnya kut. Wallahualam. 

Okey, habis dah cerita anney. Ni akak nak cerita fasal akak pulak. Eceh! Bukan cerita fasal akak. Kisah hidup akak bukannya menarik untuk diceritakan. Tapi ilmu yang akak dapat semalam sangat menarik. Semalam, baru akak tahu cara-cara untuk upload fail zip dan xml tanpa perlu kita buka dialog html tu. Meh sini akak ajarkan... eee... seronok dapat mengajar orang. Sabar ajelah aku. 

Bagi yang baru nak meneroka alam blogging, silalah tengok tutorial ni, ya. 

1. Daftar Blog



2. Keluar macam gini




3. Klik kat nama blog yang baru kita daftar tadi tu dan keluar macam gini:




4. Klik kat Template dan akan keluar macam gini:



5. Klik butang Backup/Restore kat bahagian atas sebelah kanan, bersebelahan icon roda tu. Nanti akan keluar kotak dialog ini:



6. Klik pada butang Download Full Template untuk buat backup pada template asal kita. Kemudian, bila dah selesai kita klik pada Choose File untuk upload template baru. 

Tetapi sebelum kita nak upload fail template baru, kita kena cari template dulu. Jadi, pergi ke Google Search Engine dan taip Free Blogspot Templates atau Cute Blogger Templates atau apa saja yang berkaitan dengan template. Kita pilih template yang kita suka, download fail zip. Kemudian unzip fail tu supaya kita boleh buka fail XML. Kalau tak buka fail XML, memang tak boleh nak upload. Cara-cara untuk unzip fail zip ada pada gambar di bawah. 




7. Bila sudah unzip fail template itu, kita pun klik pada butang Choose File, kita pilih fail XML yang kita dah unzip tadi dan klik Open. Kemudian kita klik Upload File. Selepas itu, tadaaa... maka blog baru kita dengan wajah baru pun siap.



Cuma satu saja yang akak perhatikan, Navbar blog baru akak ni berubah tempat dari atas turun ke bawah. Akak kena klik Edit HTML dan kemudian, cari jalan untuk mengubah data or whatever yang kita panggil benda alah kat dalam HTML tu dan letak Navbar tu kat tempat biasanya. Siapa yang tahu macam mana nak buat, sudi-sudikanlah ajar akak, ya.

Bagi adik-adik yang baru nak berblogging, selamat mencuba cara ni. 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Isnin, Disember 10, 2012

Blogsphere Akan Kembali Meriah?

Assalamualaikum wbh. 

Wah, lama sungguh akak tak update blog akak ni, ya. Sekali update, terus tukar wajah. Cantik tak rupa blog akak ni? Sweet sangat akak rasa. Akak terasa nak berblogging balik selepas sehari suntuk mencari blog template untuk anak saudara akak. Anak dara tu dah besar, jadi dia nak berblogging pulak dah. Dulu hanya di Facebook saja.

Itu yang akak fikir, dunia blogging akan meriah balik agaknya sebab generasi baru ni, tiba-tiba saja berminat nak berblogging sedangkan generasi akak dah lama menikmati kemeriahan dunia blogging ni sejak sebelum Facebook dilahirkan. Kiranya Facebook ni pengacaulah. Datang merampas tempat blogspot di hati penulis-penulis tegar blog yang sekarang, terkial-kial nak menulis panjang lebar sebab di Facebook, hanya sebaris dua saja yang kita tulis di status. Memang boleh menulis panjang lebar di status Facebook sekarang tetapi tak syok pulak rasanya kita seorang saja yang tulis panjang-panjang sedangkan status orang lain pendek saja. Ada tu, hanya meletakkan tanda soalan. '?' pada status Facebook mereka. Itu saja. Mula-mula tu nampak cutelah jugak. Buat orang tertanya-tanya tapi selepas ramai sangat yang bubuh tanda soalan sebagai status mereka, rasa bosanlah pulak. Yalah, mula-mula tu seronoklah nak meneka apa yang mereka maksudkan dengan tanda soalan tu kan? Lama-lama rasa malas dah aku. Bukannya dapat hadiah pun kalau tekaan kita tu betul.

Oh, akak ada novel terbaru. Tahu kan? Ada satu setengah. Yang satu tu sebab novel penuh. Tajuknya, Encik Abangku Romantik. Itu cover dia. Kat bawah tu. Cantikkan? Sangat cantik. Kali ini akak menulis cerita romantik komedi. Saja nak mencuba bakat. Alhamdulillah, novel Encik Abangku Romantik ni dah dicetak sebanyak tiga kali dah. Padahal, diterbitkan dalam bulan September hari tu. Rezeki akak. Syukur alhamdulillah. Kalau sudi, silakanlah mendapatkannya. Akak gerenti, korang mesti tergelak-gelak semasa membaca novel ni. 

 

Yang setengah tadi tu ialah novel kompilasi bertajuk Antologi Jiwa Kacau. Ini novel thriller, kompilasi lima orang penulis. Salah seorangnya ialah akak. Yang empat lagi ialah novelis Lynn Dayana, Salina Salleh, Attokz Dikulgai dan Dhiya Zafira. Tengoklah cover dia. Mengancam atau tidak? Cerita-cerita kat dalamnya lagilah mengancam. Nukilan akak bertajuk Tragedi Di Lampu Isyarat. Akak yakin, sesiapa yang membaca nukilan akak tu, pasti salah teka. 



Ingat novel akak yang bertajuk Di Sebalik Wajah tu? Hah, kalau sesiapa yang sudah membaca novel thriller akak yang satu itu, pasti mereka tahu cara akak 'menipu' pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya dan meneka orang ini dan orang itu yang menjadi pembunuh tetapi rupa-rupanya salah. Suka hati akak bila orang tersalah teka dan beritahu akak, betapa mereka rasa puas hati membaca novel Di Sebalik Wajah. Berbaloi usaha akak menulis novel tersebut. Ingat lagi tak covernya? Kalau tak ingat, ni akak letak kat bawah. 



Oh, sebelum akak terlupa. Novel Di Sebalik Wajah ni ada kuiz tau. Tarikh tutup kuiznya ialah pada 31 Disember, 2012. Sesiapa yang berminat nak menyertai kuiz itu, silalah dapatkan novel Di Sebalik Wajah (secondhand dan pinjam tak main, ya!), baca novel tersebut dan jawab semua 18 soalan-soalannya dengan tepat. Hadiah pertamanya ialah Samsung Galaxy Tab2. Hadiah kedua: RM200, ketiga: RM100 dan sepuluh hadiah sagu hati bernilai RM30.00 seorang. Apa lagi, jomlah cuba!

Untuk memudahkan pembaca, ini akak letak semua soalan-soalannya di sini. Selamat mencuba. 


Soalan Pertama:
Mengapa Hanif menjadi pembunuh dalam novel Di Sebalik Wajah?


Soalan Kedua:
Apakah maksud PT pada jawatan PT Salleh? 


Soalan Ketiga: 
Mata kekasih Soraya dilihatnya meniti dari satu wajah ke satu wajah kawan-kawannya di atas trak. 
Merujuk kepada ayat di atas, siapakah kekasih Soraya?


Soalan Keempat: 
Ada dua orang Raja Rimba dalam novel Di Sebalik Wajah. Nyatakan nama mereka.


Soalan Kelima:
"Kenapa tuan diam? Tuan mempersoalkan integriti Jabatan Persenjataan ke? Atau integriti saya?"
Merujuk kepada soalan di atas, siapakah yang bertanya soalan tersebut?


Soalan Keenam: 
Siapakah bapa kandung Ashraf Adil?



Soalan Ketujuh:
Ada beberapa babak yang memberikan gambaran tentang bapa kandung Ashraf Adil yang sebenar. Nyatakan salah satu babak itu. 


Soalan Kelapan: 
Di mata Azri, Detektif Aslan adalah ............... nya.


Soalan Kesembilan: 
Bagaimanakan telefon bimbit Datin Maheran boleh berada di tangan seseorang di Melaka? 


Soalan Kesepuluh: 
Apakah satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Rimba sehingga menyebabkan dia berjaya diberkas?


Soalan Kesebelas: 
Jelaskan hubungan di antara: 

1. Aslan Hamzah dengan Ashraf Adil

2. Datuk Ariffin dengan Mak Aji Asmah

3. Alma Shakira dan Kukor dengan Aslan dan Ashura. 


Soalan Keduabelas:
Mengapakah Mak Aji Asmah tergamak menghukum suaminya sendiri? 


Soalan Ketigabelas: 
SAC I Syamsul Razman sudah lama mengesyaki Aslan menyukai Wafa Sabrin. Apa yang membuatkan dia syak?


Soalan Keempatbelas: 
Apakah rahsia Pak Aji Hamzah yang dibongkarkan dalam novel Di Sebalik Wajah?


Soalan Kelimabelas:
Jelaskan hubungan di antara: 
1. Aslan dengan Wafa Sabrin
2. Wafa Sabrin dengan Alma Shakira


Soalan Keenambelas: 
Apakah yang menyebabkan ibu bapa Tony Shariff mengugut detektif itu dengan parang?


Soalan Ketujuhbelas:
Apakah gelaran mulia yang diberikan kepada Datuk Ariffin?


Soalan Kelapanbelas:
Anda sudah membaca novel Di Sebalik Wajah. Berikan tiga genre yang boleh dikaitkan dengan novel tersebut.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jumaat, Mac 02, 2012

Nama Baru...

Wah, dah lama saya tak menulis di sini dek kesibukan menulis di sana. Ahaks. Buat pengetahuan kepada sesiapa yang sudi ambil tahu, saya ada membuka satu lagi blog untuk meletakkan karya-karya yang sedang saya usahakan. Untuk membaca karya-karya tersebut (kalau sudi, of course) add saya sebagai kawan di Facebook dan kemudian, berikan alamat email anda supaya boleh saya invite ke blog itu. Minta maaf, blog itu terpaksa saya tutup kepada umum atas sebab-sebab tertentu. 

Dan saya juga minta maaf kerana menukar nama blog saya yang satu ini. Semuanya atas sebab-sebab tertentu. Rasanya penggunaan internet tidak sebebas dulu lagi. Sebab itu saya enggan lagi mengguna nama sendiri untuk URL blog saya atau apa saja yang berkaitan dengan internet. Harap maaf sangat-sangat. 

Itu saja. Mwah. 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts with Thumbnails